::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #D9D9D9; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FF00BF -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; } by : http://ceriteracikfarah.blogspot.com/2011/06/cantikkan-scrollbar-anda.html#ixzz1P8jTfdq5 Under Creative Commons License: Attribution

Thursday

Maaf kalau aku menulis ini ketika terlalu ikut perasan...

Sumpah aku marah dan marah

Aku ke salah?

Mungkin ye mungkin tidak

Tapi aku dah mintak maaf

Besar sangat ke kesalahan aku

Sampai aku kau tak hiraukan

Aku terasa

Terasa bila aku bercakap dan kau buat-buat tak dengar

Aku bertambah marah bila kau sengaja menyanyi lebih kuat

Tidak perasan tidak sedar arghhh semua alasannnn

Aku betul berada di sebelah kau tapi kau buat aku seperti halimunan

Semakain hari semakain aku rasa yang kita semua cuma berkawan bukan bersahabat

Jangka waktu yang lama tak membuktikan apa2.

Ya allah mungkin aku tidak layak untuk bersahabat dengan sesiapa kah?

Dimana teman sejati aku?

Mungkin pendekatan menulis diaini bukan yang terbaik tapi aku tak sanggup tak sanggup untuk menahan diri.

Bagi aku disino lebih baik dari twitter dan facebook.


P.E.N.AT.

Assalamualaikum,

Minggu midterm test bakal tiba, aku tidak tahu sama ada sudah bersedia atau tidak
Aku seolah olah hilang 7 minggu tanpa sedar
Aku takut, takut akan kecewakan ibu dan ayah

Minggu seperti ini semua bermain dengan emosi
Semua bercampur aduk
Aku tahu dan aku sedar pelbagai benda boleh terjadi
Aku cuba kawal
Kawal amarah ku
Kawal kerinduaan ku 
Kawal kepedihan hatiku

Aku sebenarnya penat..
Penat dengan semua ini..
Aku teringin untuk lari dari realiti 
Dan terus berada di alam fantasi

Hati ini terlalu byk lukanya
Luka yang terjadi sendiri atau kerana silapnya aku
Aku sedar ia terluka
Namun aku cuba tidak hiraukan
Aku tahu pedihnya bukan kepalang

Wahai hati bertabah lah, 
pasti ada penawar utk mu
Selagi mampu bertahan bertahan lah
Jgn pernah penat tuk menjaga hati yang lain


Wednesday

hanya sekadar luahan

salam...

tiba tiba aku terasa sangat nak menulis kat blog ni

walaupun tgh sibuk nak buat assignment research

aku tak tahu lah...

semua aku cakap atau buat mesti ada yang tak kena..

aku cakap sesuatu lepas tu diam seribu bahasa...

aku buat sesuatu lepas tu diam jugak..

aku tak phm aku tak tahu..aku tak sempurna

kalau terasa ckp...

kalau terguris ckp..

kalau aku salah beritahu..

bagaimana aku nak baiki kesalahan aku kalau tidak siapa nak tegur..

using common sense??

mungkin bagi aku biasa orang lain tidak...

tegur aku, perbaiki aku kerana aku tidak sempurana..

kadang2 aku rasa hubungan yang terjalin ini benar atau palsu..

buat masa sekarang aku akan cuba untuk lebih byk diam

sbb aku takut akan terus melukan hati org2 yang aku sayang.

untuk kehilangan sesuatu yang berharga sekali lagi aku tak sanggup...

betulkah tindakan aku menulis disini??



Monday

aku ingin pulang...

pulang bersama memori lalu..

aku ingin pulang..

pulang utk bersama kamu..

aku ingin pulang..

pulang perbaiki kisah itu.

alu ingin pulang

pulang tanpa perlu kesitu..

aku ingin pulang ..

pulang untuk mencoret memori baru

aku ingin pulang

pulang tanpa perlu bawa hati yang pilu..

namun aku tidak mungkin akan pulang kerana kau tiada di situ.....




Tuesday

salam buat semua..

hampir dua bulan aku pindah ke UiTM Seremban 3

dalam dua bulan macam-macam yang terjadi dari suka duka semuanya ada

dalam dua bulan aku semakin mahir dengan jalan di seremban #kononnya.

dalam dua bulan kebanyakkan kedai makan area rumah sewa aku dah terokai
(belum jumpa yang the best (@,@)

dalam dua bulan aku semakin kenali tempat N.9 walaupun kampung kat Rembau Most Wanted

masih ada setahun lagi utk aku terus menerokai dan menjalani kehidupan sebagai student di N.9 ni

apa yang bakal terjadi di masa hadapan aku tidak tahu...

namun aku berharap ianya akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.



Monday

#cintahati

Bila kau kata kau cinta
Ku juga cinta mu
Bila kau bilang kau rindu
Ku juga rindu mu

Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh ohh sayang, ku cinta mu..

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untuk mu


lirik cinta hati dari shila amzah buat aku tersenyum sendiri..


kemudian aku akan rasa sedih

kerana fantasi berbeza dari realiti

fantasi bila kau kata cinta

realiti kau tidak pernah kata cinta pada ku..

fantasi bila kau bilang rindu

realiti aku rasakan kau tidak benar-benar rindu

dan sebenarnya lagu CINTA HATI buat aku terus hidup dalam fantasi. 

sedarkan aku dari fantasi untuk aku menghadapi realiti...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tweet2

Follow wanie2919 on Twitter